Make your own free website on Tripod.com

 

Produk Pilihan 2004

Menurut syarikat perunding teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkenal, IDC Corporation, pasaran ICT di rantau Asia akan kembali rancak tahun depan dengan pelbagai aplikasi akan terus mendominasi pasaran. Pasaran pengguna produk dan perkhidmatan ICT negara ini menjadi perhatian disebabkan oleh keupayaan daya beli yang tinggi di kalangan penduduk negara ini yang sentiasa sedia berbelanja jika terdapat produk baru yang menarik di pasaran.

Berikut ialah 6 ramalan produk dan perkhidmatan ICT dan elektronik yang terus menguasai pasaran negara dengan penambahan pelbagai ciri baru.

1-Telefon bimbit pintar

          Sememangnya telefon bimbit semakin popular kegunaannya dan bukan hanya untuk membuat panggilan dengan dilengkapi ciri-ciri seperti komputer bergerak. Sebelum ini telefon bimbit hanya dilengkapi sistem perisian operasi (OS) Symbian, kini telefon bimbit ada kemudahan siaran menonton televisyen.

2-Kamera Digital Highpower

        Sebelum ini kebanyakan kamera digital berharga RM1000 di Malaysia lebih tertumpu dengan kamera kompak yang hanya mempunyai fungsi asas dengan resolusi di bawah 3 megapiksel. Bagaimanapun pasaran kamera digital kini makin menarik dengan persaingan pelbagai syarikat seperti Canon, Nicon dan Kodak.

 

3-Pencetak Berkualiti Foto

          Tahun ini pencetak berkualiti foto mendapat perhatian disebabka kebanjiran kamera digital beresolusi tinggi di pasaran. Para pengguna akan memilih pencetak berkualiti tinggi disebabkan mereka kini boleh menubuhkan makmal foto sendiri dengan mengambil gambar daripada kamera digital dan gambar terus dicetak pada pencetak.

 

4-Komputer Saiz Kecil

          Para pengguna di Malaysia masih terikat dengan penggunaan komputer meja (dekstop) dan komputer buku yang saiznya agak besar disebabkan kurangnya pilihan mendapatkan komputer kecil yang mampu dimiliki. Bagaimanapun, pelancaran pelbagai alat bantuan digital peribadi (PDA) atau komputer poket mampu mengatasi masalah tersebut kerana harganya yang semakin murah.

 

5-Pemain dan Perakam DVD

                Kemasukan pelbagai pemain DVD (cakera video digital) membolehkan para pengguna mendapatkan pemain DVD berkualiti dengan harga murah. Bagi mereka yang mampu berbelanja, pemain DVD dari syarikat ternama seperti Sony juga boleh diperolehi dengan harga sekitar RM500 sahaja dan sudah tentu keadaan ini akan melenyapkan pasaran pemain CD (cakera padat) seperti yang berlaku kepada pemain VCR (perakam video kaset). Dijangkakan kombinasi pemain dan perakam DVD mendapat perhatian para pengguna tahun depan.

 

6-Produk Sedia Wifi/Bluetooth

              Kebanyakan para peminat internet kini telah mengetahui perkhidmatan mengakses internet laju secara wayarles yang diperkenalkan di tempat-tempat awam dikenali sebagai Hotspot. Memandangkan keperluan untuk mengakses di Hotspot memerlukan pembelian peralatan yang cukup seperti komputer buku yang dilengkapi kad WiFi, maka produk seumpama ini akan mencatatkan permintaan memberangsangkan tahun depan.

 

       Kesimpulannya, pelbagai gajet dan produk elektronik pengguna akan terus membanjiri pasaran Malaysia tahun depan dengan syarikat-syarikat bersaing untuk menarik perhatian pengguna dengan kelebihan produk masing-masing.              

                                                                                                                              Kembali ke laman utama